Pages

Friday, July 6, 2018

Sambutan Sempena 20 tahun di Bumi

Sambutan Sempena 20 tahun di Bumi



Alhamdulillah. Pada 13 Sept lepas, usiaku telah menginjak satu lagi angka. Kini umurku tiada lagi belasan tahun seperti tahun tahun dulu.


Cheeewah. Macam tengah tulis novel pulak aku rasa. Ada bakat ada bakat.

Tapi betullah part dah takde bunyi ___ belas kalau orang tanya usia aku.
Terasa diri ini begitu tua T_T!

Tahun ini punya birthday celebration lain sikit dari tahun sebelumnya sebab
A) Biasanya aku sambut dengan kawan-kawan dekat sekolah dan kolej. Kalau bernasib baik, sambut dengan family dekat rumah nun.
B) Tahun ni takde hadiah berbalut kertas pembalut T_T! (bajet selama ni ada orang kasi hadiah dalam kotak je kau ni!)
Disebabkan aku masih berada di UTM dengan kakak aku, kami buatlah majlis kecil-kecilan. Memang kecil gila sebab kitorang dua orang je yang hadir ke majlis tersebut.HAHAHAHA AKU PASRAH

Plan pada asalnya kami nak pergi  Pasar Tani yang aku sendiri tak pasti kat mana lokasinya. Aku siap kunci jam pukul 8.30 pagi tapi ended up TERbangun pukul 11 pagi. So, terus jadi pasar taknak.
(kurang asam punya toto empuk, sedap aku tidur tak ingat dunia)

Setelah menjamu sarapan+makan tengah hari, akak aku dengan tidak sengajanya menerima lawatan tanpa notis oleh migraine .memang rosak plan. So,akak aku mengambil keputusan untuk tidur bagi melegakan kesakitan tersebut manakala aku pula bukak laptop layan movie Parker lagi best.

Pada malam itu, kami menggagahkan kaki melangkah ke AEON JUSCO untuk kali ke berapa entah pada bulan tersebut dan menuju ke Pizza Hut. Sampai sampai terus cari meja. Of course lah, takkan nak cari jodoh pulak ye. HAHAHAHA okay hambar,

Ni antara yang kami lahapkan pada malam itu.

Mushroom soup to start with

First time mencuba pizza segi empat ni

Kuhiris pizza itu menggunakan pisau tersebut
dengan sopannya agar tidak tercalar piring itu
Secret Recipes Choc Indulgence

Aku pesan Spaghetti Bolognese, one of my favorites.

Spaghetti Shrimp apa entah nama dia.
Sedaaaap

Tak muat table tu.
Maklumlah, tangan aje dah telan suku meja

Kau bajet kau chomel buat muka seperti itu??

Sekian sekitar sambutan hari lahirku. Alhamdulillah, perut kenyang seminggu.


Ada satu cerita kelakar pasal ais-krim diatas. Lepas kami penat menjamu perut memasing, lepaklah dekat pizza tu kejap sambil main talipon memasing. Tak lama lepas itu, tetiba pelayan hantar dua cup aiskrim comel seperti diatas. Baru kami teringat yang set kami pesan tu ada aiskrim. Nasib baik tak bayar dan blah dari pizza lagi. Rugi kot. Aiskrim kot. Okay, tak kelakar pun sebenarnya cerita tu. Tapi memberi motivasi jugakla kan untuk kita sabar menunggu. Lewlz


visit link download

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.